Mengapa perlunya deposit?

Perniagaan yang dijalankan kebiasaannya berasaskan modal, modal pula boleh wujud dalam pelbagai jenis seperti modal wang ringgit, modal kemahiran diri, modal rangkaian (networking) dan sebagainya. Fokus kali ini ialah modal wang ringgit.Modal wang ringgit ini akan digunakan untuk membeli atau menyewa, sama ada ianya servis atau produk untuk berniaga. Produk atau servis yang diperoleh seterusnya dipasarkan dan dijual untuk mendapatkan nilai atau pulangan yang lebih tinggi. Secara kasarnya, pulangan ini dijadikan modal kembali untuk kitaran seterusnya, dan ini membantu perniagaan untuk terus berkembang.

Dalam menguruskan modal pula, transaksi perniagaan antara peniaga dengan pelanggan pula biasanya melibatkan bayaran awal atau pendahuluan oleh pelanggan kepada peniaga, sebelum produk atau servis diterima pelanggan. Bayaran ini dipanggil deposit. Dalam perniagaan terutamanya dalam servis, deposit adalah penting bagi memastikan sesuatu projek itu berjalan lancar.

Ada di kalangan mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan terutamanya yang menawarkan servis ditipu oleh pelanggan mereka tanpa dibayar atas usaha dan kerja yang dilakukan, semuanya atas alasan;

“Kami ada designer lain,””Kami rasa tak sesuai,””Kami tak jadi buat,”..dan paling hebat hilang dari radar!

Pelanggan yang datang kebiasaannya akan cuba memujuk dengan baik agar projek dijalankan tanpa bayaran pendahuluan atau deposit. Ini berkemungkinan kerana pelanggan kekurangan bajet, cuba mencaturkan bajet ke tempat lain dahulu atau paling teruk menggunakan bajet yang sedia ada untuk keperluan peribadi. Ini biasa terjadi dalam dunia perniagaan.

Tahukah anda penyelesaian yang paling mudah adalah dengan bayaran pendahuluan atau deposit daripada pelanggan kepada peniaga?

Deposit ini penting bagi mereka yang menjalankan perniagaan kerana ia adalah bukti bahawa anda telah bersetuju menjalankan urus niaga bersama, ia juga menunjukkan urus niaga ini telah mencapai tahap kepercayaan antara satu sama lain.

Deposit ini juga penting supaya dapat digunakan sebagai jaminan dan juga modal memulakan tugasan, servis pembinaan website sebagai contohnya, perlu menyewa hosting atau nama domain untuk mula, servis reka bentuk (design), perisian yang mempunyai komitmen bulanan yang perlu diperbaharui, peralatan untuk design, dan juga modal masa peniaga ..semuanya memerlukan modal wang ringgit untuk dibayar.

Seterusnya, perlu juga diingatkan bahawa semua transaksi mesti direkod atau didokumenkan supaya boleh dijadikan sebagai hitam putih yang sah dari segi undang-undang jika ada sebarang masalah kemudian hari nanti. Kedua-dua pihak sama ada pelanggan dan peniaga perlu sedar hak mereka masing-masing, dan berasa selesa dengan persetujuan yang dicapai. Urusan transaksi yang lancar dari awal adalah petanda yang baik bahawa urusan berkaitan seterusnya juga akan berjalan dengan baik. 

Berikut adalah contoh surat perlantikan dan aku janji pembayaran bagi khidmat mereka bentuk (Graphic Design), Kredit GDM:

[KEPALA SURAT SYARIKAT]

[No. Pendaftaran Syarikat]

No. Rujukan :

Tarikh : 19 Februari 2019

Nama Anda

Alamat

Tuan,

SURAT PERLANTIKAN DAN AKUJANJI PEMBAYARAN MENYEDIAKAN KHIDMAT MEREKA BENTUK (GRAPHIC DESIGN) 

  • Kami merujuk kepada perkara di atas.
  • Kami dengan ini melantik Saudara Nama Anda (No. K/P 🙂 untuk menyediakan perkhidmatan seperti di bawah bagi syarikat kami.
  • Deliverable 1
  • Deliverable 2

3.            Kami dengan ini memberi akujanji untuk membayar yuran perkhidmatan Tuan sebanyak Ringgit Malaysia ______ (RMXXX.XX). Pembayaran akan dibuat mengikut jadual seperti berikut:

Deposit :

Bayaran Fasa 1 :

Bayaran Fasa 2 :

4.            Tempoh masa bagi penyediaan perkhidmatan ini adalah selama jumlah hari (X hari) bulan dari tarikh surat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………………….                                            ………………………………………………………………………….

Nama :                                                                                                  Nama :

No. K/P :                                                                                               No. K/P :


Tags

client, deposit, design job, freelance, payment, project


You may also like

Berapakah Anggaran Kos Untuk Pembinaan Website Dan Aplikasi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}